Selamat Datang ke komuniti Saujana Utama 2

Blog ini dibangunkan bagi mewar-warkan aktiviti di sekitar komuniti SU2, mengeratkan silaturrahim dikalangan jiran tetangga serta memperlengkapkan maklumat rujukan yang diperlukan bagi penduduk Saujana Utama 2. Segala pandangan, sumbangan dan teguran bagi memperbaiki mutu persembahan dan maklumat amat dialu-alukan.

Persatuan Penduduk Saujana Utama 2 (1169-07-SEL)
No. 23, Jalan Chengal 3, Taman Saujana Utama 2, Sg. Buloh Country Resort, 47000 Sg. Buloh, Selangor Darul Ehsan. Email : jkpsu2@gmail.com.
Website : http://saujanautama2.blogspot.com/
Tel : +6019-6208955

Search This Blog

Friday, January 1, 2010

Mesyuarat Agong PPSU2 (2008)


Mesyuarat Agung ( AGM ) Persatuan Penduduk Saujana Utama 2 ( PPSU2 ) telah diadakan pada 21 Disember 2008, mulai 10.00 pagi di Dataran Chengal, Saujana Utama 2. AGM tersebut telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Jamzuri Bin Mujaini, Jurutera MDKS yang mewakli YDP Majlis Daerah Kuala Selangor. Dalam pemilihan yang diadakan, Cikgu Zaidi Abdullah telah terpilih sebagai Pengerusi baru PPSU2. Selain pemilihan AJK, turut dibincangkan beberapa cadangan pindaan perlembagaan berkaitan perlantikan AJK dan yuran serta masalah semasa hal ehwal taman. Kira-kira 150 orang telah hadir dalam AGM tersebut. Dalam ucapan perasmiannya, Encik Jamzuri menyeru agar penduduk Saujana Utama 2 dapat saling bekerjasama dan berganding bahu mewujudkan masyarakat yang harmoni sambil mencontohi muafakat oleh sebuah Jawatankuasa Penduduk lain di Kuala Selangor sehingga mampu mengendalikan sendiri kenduri kendara di taman mereka. Sumber : saujanautama.net

No comments:

Post a Comment